15 May, 2015

Nak Jual Tudung Aidijuma (AJ)

Assalamualaikum..
Dulu aku penah update pasal Tudung Aidijuma (AJ) yang menjadi kegilaan tu.. Sekarang ni aku dah pencen dah pun.. hahahahaa.. sorry Datin, sekejap je I gilakan tudung U.  I bukan peminat tegar nampaknye.. 

Dah lama dah pun pencen, awal tahun rasanya.. Sebab apa pencen?? Memang tak dinafikan Tudung AJ sangat cantik dan tak ditelan zaman (chewah), tapi aku rasa tak sanggup sebab Tudung AJ jugak lah aku berhabis RM sampai tak terkira.  Tambah2 plak, setiap minggu ada keluaran baru.  Sekali keluar bukan 1-2 design, kadang-kadang 8-10 design sekali keluar.. Dan setiap kali tu lah aku akan beli setiap design.  Bayangkan berapa banyak yang habis masa tu.. Tu belum campur tudung-tudung yang di 'hunting' lagi.  Yang 'hunting' ni pun satu hal jugak la.. harga memang tak hengat!!  Tudung AJ paling mahal yang aku pernah beli adalah dengan harga RM 150 sehelai.. Tudung prelove ye.. Masa dapat ni, tak pikir ape dah.. Tapi, sekarang ni bila pikir2 balik, memang membazir hanya kerana nak puaskan hati sendiri kan.. Ada lagi yang orang jual lebih mahal dari yg tu, tapi sebaik aku cepat tersedar dan kembali ke pangkal jalan :p Sebab lain yang menguatkan aku untuk pencen Tudung AJ ni adalah sebab, tudung dah banyak sangat dan sampai tak terpakai.  Sampai sekarang ni pun, aku still ada banyak lagi Tudung AJ yang belum pakai.. Ada yang basuh je, pastu tak pakai pun.. 



ni baru sikit, yang tak terhanger banyak lagi.. (T_T)

Bak kate laki aku, sana-sini Tudung AJ.  Beli je lebih, pakai nye tak pun.. hahhahaha.. Yang dalam plastik pos laju pun banyak lagi tau. Memang kene ambik masa nak sort mana yang jual, mana yang nak pakai.. Jual-jual jugak, tapi takde la jual licin.. nak jugak la selai dua yang feveret tu.. hikhikhikhik..

Actually, aku ada jugak beli lebih kadang-kadang untuk jual.. Alhamdulillah, memang laku kalau jual Tudung AJ ni.. Dapat la rezeki sikit.. Tapi yang jadi masalah dan yang membuatkan aku malas nak beli/ jual adalah tak sanggup nak berebut, berhimpit, bergaduh pasal Tudung AJ ni.. Cukup la 2x aku pegi sales.  Memang hazab nak dapatkan tudung ni.. Sekarang ni tak tau la sistem pembelian dorang macam mana.. Sebab masa nak dekat2 pencen tu, ada yang dorang buat sistem bayaran asing antara yang borong (seller) dengan yang pakai sendiri..  Ada jugak la aku baca kat fb pasal orang merungut susah nak dapatkan Tudung AJ.  Tapi berbaloi la dengan harganya kalau dijual balik kan??

Then, satu lagi pasal Tudung AJ ni, memang kene menahan segan la kalau jumpa orang yang pakai tudung sebijik, sejebon dengan tudung kita.. hahaha.. kalau tudung yang hot/ mahal takpe la jugak.. hikhihik.. kat cafe, shopping, kenduri dan jugak kat opis aku ni ha.. Ade je yang pakai sama.. Pasal tudung sama ni memang tak boleh elak pun, tapi ikut la cara masing2 kan.. Aku segan sikit klu jumpa yang sama ni.. Kadang2 laki aku siap tunjuk2 lagi kalau ada yang pakai Tudung AJ.. hahhaha.. Laki aku pun sampai tahu tu tudung AJ ke bukan.. :p

Sekarang ni dah ada macam2 label dah.. Selain white label, black label, red label dah ada pink label, blue label dan gold label.  Jangan tanya apa beza pink dengan blue label sebab aku takde selai pun antara label tu.. Masa keluaran label tu aku dah pencen.  Aku hanya ada white label, black label, red label dan green label sahaja.  Tapi aku sempat la merasa batch Paris mula2 keluar tu.. :)

Gila gigih nak pencen tu.. Aku left semua group kat facebook yang aku join.  Kat wasap pun sama.. Kalau tak, alamatnye memang tak boleh pencen la.. Alhamdulillah, aku berjaya pencen.  Hahahhaaa..
Duit pun banyak dah jimat..

Sekarang ni pakai je tudung ape2 pun.. takde brand pun takpe, asalkan tudung.. hihihii. Eh, lepas pencen AJ, aku gilakan tudung Sugarscarf & Neng Geulis pulak.. hahaha.. tapi ni pun dah pencen jugak.. Hadoiii.. 
Jangan plak ada yang bash aku pasal entry ni sudah.. hohohohoo..
ni sekadar luahan rasa je.. Sorry ya utk peminat tegar Tudung AJ.. Aku tak setegar u'alls .. InsyaAllah tudung2 yang tak pakai tu akan dijual semula.. Sekali pakat dengan adik2 aku gak nanti.. Dorang pun pencen jugak.. 
At least, dapat jimatkan ruang & tambah pendapatan :D

6 comments:

eM. said...

Sis, kasi jual tudung aj white label yg lama2 kat saya pleaseeeeee. Email saya asilaakma@yahoo.com

Fiza Aizzawa said...

Fiza pun baru je terjebak.. lambat lg kot nak pencennye.. hehe

Unknown said...

salam sis...nak tny kat mana ye nak borong tudung adijuma

shamyheart said...

Nak beli.
Macamna nak contact awak, sis?

Unknown said...

sape yg nak beli boleh pm fb sy : Nurhafizah Matsah

Hafiza AizZawa : hati2 ya.. hihihiihi

Zura Ida : sy x pasti mcm mana nak borong tudung.. skrg ni dah lain macam proses dia.. sorry..

Anonymous said...

salam sis boleh contact saya pasal tudung aj nie