02 December, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

December 02, 2010 2 Comments
artikel ni amek kat fb.. sangat menarik utk dihayati..


Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki..


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci dari orang yang paling dia sayang ..

16 November, 2010

ada sesape nak bukak kedai Cosway tak?? ~ baca ni..

November 16, 2010 0 Comments
n3 kali ni nak citer psl peluang nak bukak kedai (stokis) cosway..

ekceli akak aku (ija) yg nak buat mende ni.. then dia share dgn aku.. aku teringin gak nak buat, tp mslhnye x de la pulak nak manage nanti.. huhuhu... skrg ni aku tolong la ape yg termampu je utk memastikn dia b'jaya bukak kedai cosway ni..

ada 2 mende utama yg nak citer kat sini..

yg pertama, peluang kat sesape yg berminat nak bukak kedai cosway. detailsnye camni :

* modal serendah RM 10,000
* x de risk ape2
* monthly rental & bil elektrik cosway bayarkan. owner cuma bayar bil air & bil talipon je
* stock cosway bagi without any upfront payment
* modal RM 10,000 is only like 'cagaran'. if dah x berminat nak teruskan kedai tu atau nak surrender, cosway akan return semula yg RM 10,000 tadi tu
* retail profit 8% dari total sales
* komisyen tambahan jika dapat tarik org jadi 'member cosway'
* location outlet kita yg bg tau kita punye preference, nnti cosway akan buat survey ok ke tak.. klu ok, lepas cosway siapkan kedai, baru bayar RM 10,000 tu, terus dapat kunci kedai.
* modal RM 10,000 tu klu x cukup, cosway bleh bayarkan dulu, lepas tu cosway akan tolak dari monthly profit setiap bulan sampai hutang abis..

banyak lagi sebenarnye psl ni, tp aku kurang arif ler.. hehehe.. pape korang yg berminat leh contact direct kakak aku 013-281 8877 (lepas kul 5.30 pm ye.. almaklumlah.. org kerja..) atau bleh emelkan kepada hargapatut@gmail.com

aku rase ni peluang bagus utk org yg mmg minat bisnes ni. lg pun, bukan susah sgt pun, sbb cosway ni semua org tau.. katalog pun ada.. cuma tunggu org dtg je..

*  *  *

ok, tu yg pertama. mende kedua plak.. sblm korang dibenarkan/ diluluskan bukak kedai cosway ni, dan sebelum dipanggil untuk interview,  korang mcm biasala kene pegi beauty training ke ape tah.. (ala, nak ajar cara2 nak gunakan produk2 cosway dll). then, korang akan diberi masa 30 hari utk menjual sebanyak mungkin set2 promotion mcm dlm gambar kat bawah ni..

 -click pic to enlarge-
  -click pic to enlarge-
  -click pic to enlarge-
  -click pic to enlarge-
 -click pic to enlarge-

harga utk set promotion ni RM 280. sangat berbaloi beli set ni dari beli yg satu2 tu.. klu ada sape2 nak beli, bleh contact kakak aku ye.. 013-281 8877 atau emelkan kepada hargapatut@gmail.com  nanti deal la dgn dia camne nak bayar & camne nak pick up. ok.

err.. korang beli la set2 tu, pomot la kat kengkawan skali.. hehehe.. leh gak la membantu akak aku.. aku pun beli gak set ni.. tp beli satu je la wat mase ni.. huhuhu.. ingat nak amek Set IM0031

ok la, klu korang x paham dgn ape yg aku citer ni, korang call la kakak aku ye.. nnti dia akan explain detail lagi.

orait. take care.

27 October, 2010

puting beliung @ kampung

October 27, 2010 0 Comments
Kejadian : Puting Beliung
Tarikh : 22 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : +-3 petang
Lokasi : Sekitar Kampung Geduhom, Dangi, Johol, N. Sembilan

sangat terkejut.
ni 1sti time jadi gini. sblm2 ni x penah pun. masa gamba ni ditangkap diambil, ari ahad. x sempat nk balik jumaat tu. kawasan2 yg t'kena tu banyak dah dibersihkan.
x semua kawasan kat kampung kene, ada sikit2 je.. tp teruk jugak lah..
dgr cerita mak & makcik2, sgt menakutkan.
angin tu mmg berpusing2 la.. dahan2 pokok tercampak sana sini. sangat takut! dgn bunyi angin menderu lagi.. binatang ternakan lari sana sini.
mase kejadian tu hujan. mmg dlm minggu tu asek ujan je, cuma x sangka lak yg tu dgn pakej puting beliung sekali.
umah mak kat kampung x de yg rosak. cuma pagar runtuh sikit la. sebaik pokok tu tumbang ke arah pagar, klu arah umah, rasenye ranap semuanya.

ni antara gamba2 yg sempat ditangkap diambil.

antara pokok kelapa yg tumbang
seminggu dpt minum air kelapa muda ;p
 ayah tengah bersihkan kawasan pagar umah yg rosak. dapur umah di belah kanan gambar, jarak hanya dlm 3 meter shj.
 pokok jering itu
buluh berselirat
 pokok2 tumbang ke arah jalan dah dibersihkan.
line talipon time tu terputus, sbb wayar putus


kawasan ni yg paling teruk kene. sebelah kiri jalan tu ada umah.
kat umah tu ada kandang kambing. runtuh kene hempap pokok
ini belakang umahnye
 ini pulak umah jirannya. bumbung umah (dapur) abis diterbangkan 
 kebun pisang abis rosak

 pokok durian pun sama

itu je gamba yg ada. tp rasenye cukup la utk menunjukkan betapa semuanya rosak dlm sekelip mata.
setiap kejadian tu ada hikmahNya..
mungkin kita yg x tau, atau buat2 tak tau.
renung2kan.
*
*
*
owh, lagi satu gambar..

hehehe.. jgn marah.. ;p

> dah lame giler x naik moto <

26 October, 2010

cerita sebalik tabir - buat pelamin

October 26, 2010 0 Comments
rasenye sebelum ni x pernah cerita sebalik tabir pembikinan (hukhukhuk) pelamin kan? so, arini nak citer psl tu.. ini versi Persona Fiza Bridal.

buat pelamin ni bukannye senang, even namanye mini pelamin.. cuma mungkin masa yg diambil utk menyiapkan pelamin tu singkat sikit dari pelamin rumah, apatah lagi pelamin dewan (tetiba ayat jadi skema pulak)

sblm tu, kene la wat design pelamin dulu. sbb time tu kita dah dpt gambaran camne rupenye pelamin tu..
design bleh diskas dgn perantin atau klu klu perantin x de pelamin idaman, bleh cadangkan kat dia design2 pelamin yg cantik2..

ni lakaran pelamin utk wedding minggu lepas. tema hitam-merah.

bila dah ada mende ni, lagi senang nak bagi2 keje nanti.. n sebelum start tu, kene briefing dulu kat org2 yg berkenaan. so, nnti xde la memasing tercengang2 x tau x tau nak buat ape kan..

lagi satu, kadang2 pelamin yg dah siap x sama dgn yg draft. sbb kadang2 idea dtg time tengah buat, so akan ada perubahan..

tengok gamba je la.. senang cerita. :p

 memula, siapkan semua brg2 yg nak guna tu..
(umah mmg berterabur la setiap kali nak menyiapkan pelamin)
 bunga2 siap gubah
ni semua kene siapkan sebelum hangkut ke umah perantin, ok.
jgn lak time kat sana baru nak buat..
jawabnye nanti 3 hari 3 mlm la berkampung kat umah perantin ;p

mase nak buat pelamin ni x ingat nak amek gamba..
ni mase pelamin dah 80% siap
betulkan mana2 yg patut
sebelum naikkan backdrop, kene pastikan semua dah ok & naikkan secara bersama2..
bukan ape, nnti klu dah naik tinggi, ada yg x ok, nak betulkan susah..
mase ni semua kene tolong la.. tolong tengok pun xpe.. takut senget ke hapa kan..
owh, nak naikkan backdrop ni susah tau.. bukannye senang
berat satu hal, pastu nak kene hati2 dgn hiasan2 yg dah siap tu..
xleh kasar2, takut kang tak pasal2 pelamin anganku musnah kang.

hi hasilnye selepas bersusah payah menyiapkan pelamin nih..
90% sama dgn draft. cuma ada beza sikit2 je..
*
*
*
pastikan kamera anda ada bateri ye setiap kali ada event.. sbb elok2 je pelamin ni siap, bateri kamera habis. so, gamba pelamin yg dah siap 100% ni di amek lepas majlis, sebelum operasi membukak pelamin nih..

nak bukak keje yg paling senang. x yah nak brief lagi dah.. x suruh pun masing2 tau nak buat ape kan.. 

cabut aje.. bukan susah pun..





 owh, anda tidak perlukan body guard utk keje2 mcm ni..
cuma perlukan org yg kuat utk menghangkat & menghangkut barang2 pelamin
:D

tempoh masa utk buat pelamin adalah +- 4 jam
&
tempoh masa utk bukak pelamin pulak tak sampai 1/2 jam

mmg penat nak buat pelamin ni.. tp rasa penat akan hilang bila tengok pelamin dah siap n bila dengar perantin & family cakap
"cantiknye! sangat puas hati!"
(wah seronoknye.. rase mcm nak melompat2 ;p)

ok, sekian sahaja cerita di sebalik tabir buat pelamin.

er, nk pomot skali la..
if korang berminat nak dptkan khidmat buat pelamin nih, leh la roger2 ye.. err.. mekap sekali
semua la..
kami menyediakan pakej perkahwinan lengkap.
mekap, pelamin, baju & photographer
dgn kadar yg menarik.

love ya!

22 October, 2010

IKEA & meetballs

October 22, 2010 2 Comments
smlm pegi ikea. nak beli downlite <-- misi utama.
kedai lampu kt serdang ni mahal giler.. lampu mcm 2nd hand, harga x hengat mahal.. berbaloi lagi pegi ikea tu beli.. pegi weekdays biasa la, x ramai org.. senang nak memilih.

 lepas bayar ingat nak makan la meetballs ikea tuh, tp sudahnye melepas.

kempunan (air liur meleleh)

sebab guard tu x kasi naik balik dgn barang2 yg ktrg bawak. dia suh simpan dlm locker. 
tp klu ada bende panjang camni, mane celah nak simpan kan? locker dah la konit yo..
x mesra pelanggan betul.. huhuhu.. wat la locker besar sikit ke.. xpun letak org jaga locker tu spy brg2 yg besar a.k.a x muat locker leh tinggalkan barang kat situ.. ala, mcm mydin tu ha, klu brg kecik masuk locker, klu besar, letak tepi klip nombor.

agaknye ade tak org lain yg alami situasi yg sama mcm ktrg ni ek..?
mase soping tu x teringat lak nak makan. dah bayar, baru teringat nak makan..
tp, sebab beli brg2 panjang ni, x leh makan kt situ..

sudahnye pulang dengan penuh kehampaan  T_T


ok, kesimpulannya makan dulu, pehtu baru kuar bayar..

Sentiasa Dara

October 22, 2010 1 Comments
dapat dari emel seorang kawan..


ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



> InsyaAllah <

21 October, 2010

" Museum of Broken Relationships | Muzium Putus Cinta"

October 21, 2010 0 Comments
Sumber : Mega, Utusan Malaysia (21 Oktober 2010)


hahaha.. mcm2 ada sekarang ni..
bagi yg x sempat @ tak ada paper utusan arini, meh aku citer sket..

Museum of Broken Relationships atau muzium putus cinta ni ada kat Zegreb, Croatia (Eropah)
telah menjelajah ala2 wat pameran bergerak kat Amerika Utara, Afrika & Asia. Klu x silap Singapore dorang dah singgah tp kat Malaysia ni rasenye x lagi.. ade yg penah tengok ke?


ada tema dlm muzium ni, contoh mcm 'kemarahan & sakit hati', ' kerenah & kehendak' ~ hahaha.. kelakar 

ni pengasasnya, bekas pasangan kekasih.. 
(bleh sepakat tu nak wat muzium nih.. hehhehe)

Drazen Grubisic & Olinka Vistica

antara koleksi kisah cinta tidak kesampaian..

nih mesti melambak punye la..
surat2 cinta..
ini..
kasut (betul2 angkat kaki nih) ;p
ini juga..
ni pon ada.. hahaha. ada tagging sape punye.. hikhikhik
henpon gini leh la letak.. klu iphone, ade ke yg nak letak?? ;p
ini pon.. (ni mesti kes frust giler nih)
siap ada gambar ye.. hahahaa

n banyak lagi la.. 

macam2 la omputeh nih.. idea tah ape2, tp ok la kan.. hahahha.. (aku setuju)

mase bercinta tu semuanye elok2 je.. then bila putus, semua buang.. klu ade muzium nih, leh la simpan.. kadang2 ade yg x sampai ati nak buang kan.. ye la, mane tau putus tu bkn sbb kerelaan hati ke.. ha, anta je kat sini.. hikhikhik

tp klu nak anta, jauh kan.. korang leh la anta online je.. hukhukhuk..
anta gamba la, bukan anta barang betul2.. xde nye dorang tu nak pick up
korang leh anta gamba ke, emel2 cintan-cintun tu ke, ucapan2 ke.. luahan perasaan ke..
n pape je la..

ok, sila ke sini


bleh register & anta la ape yg korang nak anta tu..

atau, korang leh la tengok2 kt web tu..
mane la tau gamba @ kenangan korang ade plak kat situ ke..
hahahhaha
sila semak
*
*
*
"sebuah kisah benar boleh menjadi satu seni"
"lucu dan puitis, tapi boleh merasakan keperitannya"



> tetiba teringatkan sesuatu..<