04 July, 2013

[4th] Maternity & Baby Expo 2012

July 04, 2013 0 Comments
dah lama giler dalam draft
masa tules ni blom beranak lagi pun..
tp dah sarat

baru sekarang ada masa nak sambung..
---
nak citer pasal pegi ~

4th Maternity & Baby Expo
30 Nov - 2 Dec 2012
Mid Valley

1st time pegi expo macam ni..
rasa penat tapi best
sebab semua benda ada..
x payah pening2 nak pegi satu kedai ke satu kedai
siapkan duit je..

hahahhaa..

moh la tgk hasil tangkapan masa hari kejadian..



jumlah pelaburan : RM 900 ++

jom tengok ape yg dibeli ye..

(1) Autumnz electric steam steriliser & bottle and food warmer
(home & car use)

RM 160 utk dua2 set ni

(2) Rumble Tuff Breast Pump-Duo
RM 404 untuk set ini
(free gift : cooler bag, re-usesable ice pack & double zip-lock plastic)

(3) Tommee Tippee Breast & Feeding Bottle
RM 80.28 utk 5 botol

(4) breastmilk storage bottles (autumnz & bumble bee) 5oz
&
breastmilk storage bags (autumnz)
(double zip-lock bags)
RM 115 utk semua di atas
30 botol autumnz (free 15 storage bags) RM 28/ pack
10 botol bumble bee RM 22/ pack
25 double zip-lock bags RM 9/ pack

(5) Baby's wear
cloth diaper RM 25/ pcs
Pre-walk shoe RM 30/ 3set
Legging RM 35/ set
FOC bib

(6) Others
Sarung Nursing Pillow RM 15
Bath Support RM 14.90

itu je semua yg dibeli masa hari pertama.

next day tu pegi jugak, tapi just beli pampers sahaja
gambar nan ado
harga murah sikit dari harga pasaran
RM 28/ pack klu tak silap la..
lupa dah..
tapi tak beli banyak pun sebab last day size NB/ S dah sold out
---

bila ingat2 balik, rasa seronok sangat wat preparation untuk baby..
tapi, bila dah ada baby, lagi la seronok berganda-ganda.

apa yg dapat disimpulkan,
baby expo tak semua barang murah..
ada yang mahal gak
kene survey2 dulu sebelum pegi
stroller mungkin la murah..
yg lain2 tu rasanya biasa2 aje..
kalau murah pun, murah sikit je..
itu pendapat mmy la.. 

Assalamualaikum

July 04, 2013 0 Comments
assalamualaikum..

nak mula tules blog balek..
biarpun tak de sape yg baca,
tapi,
cukup sekadar utk ingatan masa depan..

banyak cerita nak tules
banyak perkara nak catat
banyak gambar nak upload
:)

07 June, 2013

Buah Hati Ku ~ Saiful Adhwa' Adinata bin Saiful Ramadzan

June 07, 2013 0 Comments
Assalamualaikum.

lama sangat tak update blog..
start harini nak mula balik
:)

ini la dia budak kecik buah hati mmy..

Saiful Adhwa' Adinata bin Saiful Ramadzan
(Pedang cahaya terulung & tiada bandingan)

day 1
day 2
day 3
1m ++
2m ++
 3m ++
 4m ++

Alhamdulillah, Adhwa' membesar dengan sihat & fully BF.

09 January, 2013

Mohon Maaf Semua

January 09, 2013 0 Comments
Assalamualaikum..

masih lagi menunggu hari..
38 minggu, 2 hari..
anytime je baby boleh keluar..
tanda2 belum ada lagi..

owh, mummy tak jadi induce, tak mahu !!
takde sebab kenapa perlu induce
so, tunggu je bila baby sendiri dah ready nak keluar..

perasaan??
risau
takut
eksaited
semua ada

kat sini jugak mummy nak minta maaf
maaf tulus ikhlas dari hati
mohon maaf atas segala salah silap
secara terus atau sembunyi
melalui kata2 atau tulisan
mohon maaf kepada sesiapa sahaja yg baca post ni

dan doakan mummy dipermudahkan segalanya
semoga mummy dan baby selamat
InsyaAllah



21 December, 2012

Misi Mencari Tukang Urut

December 21, 2012 2 Comments
selepas membuat pertimbangan sewajarnya
(skema la pulak)
mummy akan berpantang di Serdang sahaja.
tak balik ke rumah mak atau mak mertua

untuk kami yang jadual agak padat ni memang sangat la susah kalau takde kat rumah
apatah lagi kalau nak tinggalkan adik sorang untuk uruskan butik
tidak la kut..
at least, kalau mummy ada kat rumah, senang sikit nak manage kan..
incik asben pun dah setuju supaya mummy berpantang sahaja di sini..

jadinya, mummy kene la mencari tukang urut di kawasan terdekat
ada juga tanya pada kawan2
tapi belum contact lagi..
arini boss takde, so sempat la nak mengugel pakej2 urut lepas bersalin
banyak rupanya..
mak bidan pun dah maju tau..
online saje.. :D

ni list/ link yang sempat di terjah.
mummy tak decide lagi nak ambil siapa
and mummy takde pun contact sape2 lagi
survey dulu..
kalau rasa ok, baru nak contact tanye
boleh gitu? :p

dalam list ni, ada jugak yang tak update blog
tapi ada no fon..
kalau ada yang nak tau lebih lanjut, bleh call direct la ye..

Jemari Tradisi Ummi
Jalan Muhibbah, Taman Muhibbah, 43000 Kajang
Siti Maznah : 013-353 5969

Teratak Sri Cendana
No. 10, Jalan 8/33B, Seksyen 8 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi
Pn. Hani : 012-316 6074

Rimbunan Puri Village Spa
513B, Jalan A, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Kak Ela : 016-379 5103

Jemari Tradisional
Kuala Lumpur
Pn. Rozita : 012-243 1966

Ummie - Tradisional Confinement Lady Consultant - Berpantang Tradisional Moden
Bangi
Pn. Zai : 017-297 4357 / Pn. Ani : 013-341 1502

Cintasari Tradisi Spa
No. 6A, Pusat Commercial Ara Ampang, Jalan Ampang, 68000 Ampang
03-4256 9998

Suria Beauty Home Spa
SA 69, Lorong 3 (Masjid Nurul Iman), Kg. Tengah Batu 13, Jln Klang, Puchong
Suria : 013-346 5248 / HQ (Leeza) : 017-267 5372

KakMek Urut
013-698 3686

banyak lagi sebenarnya..
tapi yg list kat atas ni yang berdekatan rumah mummy je ye..

---

nanti kalau rajin, sambung survey lagi..

daa..

20 December, 2012

Jamu ~ Set Bersalin

December 20, 2012 2 Comments
selepas puas mensurvey jamu mana yg paling ok
(even tak pernah pun makan jamu & tak sure boleh telan ke tak jamu ni)
Set Bersalin Nona Roguy (NR) yg dipilih..

beli dalam bulan November aritu..


banyak sangat jamu2 yang dijual & macam2 pendapat yang kita boleh dengar
tapi NR jugak jadi pilihan hati
mybe sebab aku ni lebih percaya kepada jamu2 tradisional kut.. :p

selepas bajet diluluskan oleh incik asben, harus la dengan pantasnya mengorder kan..

set ni ada :
PhytoNatal - 90 biji
Akar Herbanika - 10 paket
Minyak Herbanika - 100 ml
Herbanika Barut (krim) - 60 gm
Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
Herbanika Lulur - 100 gm


cek mfg date dulu ye.. mane tau stock lame pulak ke kan..
abaikan kotak yg kemek tu, akibat pos laju :p

set rangkaian herbanika bersalin NR ni dibeli dengan harga RM 300

dapat free ini


set percuma ni boleh pilih nak yang mana..

yg ni "set pilihan 3"
1- barut
2- minyak telon
3- tungku baby
4- pilis
5- kapsul haruan
6- losyen pati halia

dan free postage.

sebelum tu ada jugak register dengan website NR sendiri. harga lebih kurang sama. tapi takde free gift.
cuma ada yg kata, kalau beli kat web NR ni kene tunggu sale baru dapat harga murah..
tunggu punye tunggu, takde pun..
dari duit abis, baik terus beli kan..

set ni beli dari Min Anggun Beauty.



harapnya kuat la semangat nak menelan jamu2 ni ye.. :D

19 December, 2012

Jadual Kuliah (Semester 7) (Sesi Januari 2013/2014)

December 19, 2012 0 Comments
citer pasal class pulak..
citer baby sambung nanti :p

jadual  kuliah untuk semester 7 dah keluar.
tapi surat rasmi belum terima lagi.


nampak gaya memang pegi kelas masa pertemuan ke-3 (bulan Mac) je la nampaknya

pertemuan 1 tu rasanya memang dah selamat beranak dah tu..
pertemuan 2 pulak tengah berpantang lagi
tapi pertemuan 3 kene pegi jugak, sebab ada mid-term..
pertemuan 4 & 5 tak de masalah..

so, jadual untuk mekap wedding kene adjust semula.

minta maaf kepada pengantin yang date nya terkena ya..


:: dear husband, pls standby ongkos utk pendaftaran + ongkos beranak ye.. TQVM ::

baby, mummy lupa la.. ~ sorry ;(

December 19, 2012 0 Comments
ada sesuatu yang penting mummy terlupa !

~ nama baby ~

belum cari pun lagi..

ayoyoyo.. asek pikir nak siapkan barang baby je..

nama baby pun tak carik..

any idea??

baby boy ya.. 

tQ

beg baby & beg mummy READY !!

December 19, 2012 0 Comments
malam tadi (18/12/2012) baru selesai packing barang2 untuk di bawa ke hospital
Alhamdulillah..

lambat betul.. tapi siap jugak.
so, incik asben tak payah risau lagi
kalau tak tu, asek menanya je beg dah siap ke belum..
klu la tetibe terberanak & beg tak siap lagi..
tak tau la incik asben boleh carik ke tak barang2 baby & barang2 mummy..
sebab semua keperluan kat rumah tu, mummy je yang tau kat mana tempatnya..

masa semakin dekat.. Isnin ni dah 36 minggu.
kaki pulak dah mula membengkak..
tapi ada jugak orang yang dah nak bersalin, tapi kaki tak bengkak pun kan..
tapi ape pun, perlu lah berhati-hati..


beg baby mesti la yang biru tu..
beg mummy yang pink tu..
dalam plastik kuning tu, selipar
beg besar, tapi isinya tak penuh pun..
kang orang cakap nak pindah ke hospital ke hape kan..

isi dalam beg tu boleh refer kat SINI ya

beg baby tu masa mula2 beli rasa macam kecik je.. 
muat ke nak isi barang2 penting baby..?
tapi semalam dah packing, banyak lagi ruang.
beg tu pun best sebab banyak compartment 
so, senang sikit nak susun dalam tu..
teratur dan kemas.

malam tadi pun dah inform incik asben barang2 yang ada & kat mana tempatnya dalam beg tu..
takut dia tak jumpa je nanti bila dah panic kan..
tapi InsyaAllah ok..
sebab beg tak penuh pun.. boleh je selongkar semua barang kalau tak jumpa.

pagi tadi, beg2 tu dah pun selamat dihangkut dalam kereta.
akan dibawa ke hulu ke hilir.
memang tu je kereta yang kami guna, so takde masalah la kan..

:: mode : tak sabar, tapi takut ::

18 December, 2012

Cara2 meneran dengan betul

December 18, 2012 0 Comments
disebabkan tak berkesempatan nak join antenatal class, 
makanya, google saje..  :p

jumpa ni. penulisan yang sempoi + kelakar, tapi bermaklumat :D

copied from : Totinx.com


Semua orang tahu, bila kita nak bersalin, misi-misi atau doktor-doktor mengamuk-ngamuk marah-marah kita. Jerit-jerit maki maki kita. Hey kita sakitlah! Boleh tak jangan marah?
Jawapannya tak boleh. Kalau tak marah, nanti kau taknak dengar cakap. Bila kau tak dengar cakap, kau atau anak kau akan MATI. Bila MATI, siapa kena maki? Kitaaaaa jugaaaa :’(
Untuk mengelakkan daripada dimaki hamun saat melahirkan, lebih baik kita baca tips Dr. Totin dahulu. Ecewah, bajet tips kau membina? Bolelah sikit-sikit. Daripada korang tak tahu langsung kan?

Apa tanda-tanda nak bersalin ye?
Nak beranak maksudnya. Bukan nak salin baju.
  1. Perut semakin terasa sakit dan mengeras-ngeras secara seragam dan teratur. Bukan mengeras sekejap ada skejap tak ada. Tetapi semakin kerap, setiap 10 minit ke, 10 minit mengeras 2 kali ke.
  2. Keluar lendir lendir darah.
  3. Keluar air jernih (Air ketuban), yang banyak sehingga membasahi kain anda. Korang jangan ingat korang terkencing pula dan buat don’t know sahaja. Itu air ketuban itu, baik pergi hospital sekarang juga!
  4. Terasa nak terberak. Oh itu sudah parah itu, jangan mengeran dulu, nanti terberanak pula. Cari hospital cepat!
Okey sekarang dah sampai di hospital. Doktor dah suruh baring dan mengangkangkan kaki.
Alamak, doktor cakap kepala dah nak terkeluar tu, apa yang perlu kita buat?
Relax, jangan gelabah.
Pushhhhh puuushhhhhhh.
  1. Cara posisi meneran yang tepat: Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kapau patient buat begitu. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
  2. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
  3. Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
  4. Apabila meneran, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
  5. Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
  6. Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
  7. Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
  8. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
  9. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
  10. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

:: ok, dah dapat gambaran sikit camne nak bersalin :p ::