02 December, 2008

Apam Daun Rambai a.k.a Apam Johol

Sumber : Kosmo, 26 November 2008


Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM (
amir.azam@kosmo.com.my)

Apakah keistimewaan apam yang menjadi identiti masyarakat Johol, di Negeri Sembilan ini?

APA yang anda gambarkan apabila bercakap mengenai kuih tradisional Melayu yang bernama apam?

Aroma mewangi, bentuk sederhana, tidak melekit serta keenakan rasa merupakan ciri-ciri yang menjadikan apam daun rambai atau lebih dikenali sebagai apam Johol begitu popular di Negeri Sembilan.

Bahkan, apam Johol yang pernah mencuri tumpuan wakil-wakil rakyat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada tahun 2006 ini begitu istimewa kerana tidak semua pembuat apam ini boleh mengekalkan keasliannya.

Bagaimanapun, bagi pengusaha apam Johol di Kampung Masjid Tua, Johol, Kuala Pilah, Zahariah Mohd Zin, 39, berkata, beliau mula mengusahakan apam Johol sejak tahun 2005 lagi. Keaslian dan mengekal cita rasa asli adalah keutamaan Zahariah.

"Apam Johol sudah menjadi salah satu 'identiti' setiap kali orang datang ke Johol disebabkan keenakan dan haruman daun rambai yang menjadi pembalut kepada kuih tradisional ini.

"Kalau hendak dibandingkan dengan apam-apam lain memang ia berbeza walaupun cara memasaknya adalah sama iaitu dikukus. Tetapi keistimewaannya tentu sekali ia lebih enak dimakan malah boleh tahan lama daripada apam-apam sedia ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Masjid Tua, Johol.

Beliau menambah, semasa mula-mula membuat resipi apam daun rambai ini tiga tahun lalu, beliau telah membuat beberapa eksperimen terlebih dahulu selama seminggu dengan cara pembuatan apam biasa.

Katanya, percubaan berkenaan dilakukan untuk memastikan hasil yang diperolehi menikmati cita rasa apam Johol asli kerana perlu ia perlu mempunyai aroma harum daun rambai, tidak berlekit dan mempunyai reka bentuk menarik.

"Di Johol memang ada beberapa pengusaha lain yang mengusahakan apam Johol ini tetapi tidak ramai. Saya sanggup mempelajari teknik pembuatan apam ini bagi memastikan generasi muda tidak lupa dengan kuih tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat Johol.

"Buat masa ini, saya mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700 ketul kuih berkenaan sehari dan ia boleh mencecah sehingga 2,000 ketul sehari terutama apabila ada majlis rasmi kerajaan negeri, keraian atau musim cuti sekolah," katanya lagi.

Ujar Zahariah, kalau tempahan terlalu banyak beliau terpaksa menolaknya kerana hanya menjalankan perusahaan tersebut seorang diri dengan dibantu suami dan lima orang anaknya.


--> baru je makan apam ni.. besh!! korang mesti cuba <--

7 comments:

Saiful Ramadzan said...

nak makan jugak... hantar umah?

FIZA said...

nnti la tempah.. nak buat x reti.

Saiful Ramadzan said...

tahniah.. blog dh jadi best.. bila nak balik nie?

Saiful Ramadzan said...

Mengantukny.. Tq masak td. Sedap! Muah.

Mamajenn said...

apo main tompah2 lak..dah jati dr sinun mosti tau buek kueh ni..cubo tanyo 'Omak' camno..kut dia tau ko..

FIZA said...

hahaha.. den mmg x pandai masak.. 'omak' ontah tau ontah tidak nk buek apam nih..hari2 poie kojo yo.. ado ko maso nk masuk ke dapur..?? hehehe..

Saiful Ramadzan said...

hhahaha ghoyak gapo ai...