:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

02 December, 2008

Negeri Sembilan Paling Ramai Sakit Mental

Sumber : Kosmo, 27 November 2008

Oleh RAIS YEOP JOHARI (
rais.johari@kosmo.com.my)


SEREMBAN - Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental mental, diabetes dan obesiti paling tinggi di seluruh negara di kalangan orang dewasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ismail Taib berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 2006 lalu yang mendapati seramai 15.33 peratus penduduk negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas dikesan menghidap diabetes, diikuti masalah kesihatan mental (21.1 peratus) dan obesiti (18.6 peratus).

"Peratus bagi tiga penyakit itu meletakkan Negeri Sembilan pada kedudukan pertama berbanding negeri lain seluruh negara," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr. Awaluddin Said (BN-Kota) mengenai status kesihatan rakyat negeri ini pada Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Beliau yang juga ADUN BN Linggi memberitahu, masalah kesihatan mental kanak-kanak dan remaja seramai 31.2 peratus dan berada pada kedudukan kedua seluruh negara.

Ujarnya, masalah berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak pula pada kedudukan ketiga tertinggi berbanding negeri lain.

> hahahaha.. aku nih anak kelahiran NEGERI SEMBILAN.. tp aku tak sakit mental ek.. <

4 comments:

saifulramadzan said...

mental... mental... hahaha..

fiza said...

i'm not!

Beautiful Disaster said...

aku pn anak n9..tp aku xskt mental..org yg ckp org n9 tu yg skt mental..haha..u know who u are..kahkah..

Leenoh said...

Kena kurangkan makan cili api kot, org utara kata cabai melaka,lemak gak kna kurang.

99% penyakit datang dari perut (makanan)

Semoga kita semua sihat walafiat.

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails