02 December, 2008

yang mana menggambarkan diri anda??

WANITA TANAH

Wanita Tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April - 20 Mei),
Virgo(24 Ogos - 23 September) dan Capricon(22 Disember - 20 Januari)

* Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal
* Penyabar dan bertolak ansur
* Mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material
* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap
berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan
mencapai kejayaan dalam perniagaan
* Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yang pendiam dan tenang
* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan
sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat
konservatif, serius dan sederhana
* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah
seorang kekasih yang setia dan berwibawa


WANITA API

Wanita Api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac - 20 April),
Leo (24
Julai - 23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember)

* Dilahirkan sebagai pemimpin
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima
pendapat orang lain walaupun ianya benar
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi
biasanya romantis dan tidak pemalu
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan
orang yang dikasihi merasa sedih dan terluka
* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar
* Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk
menjadikan perhubungan itu terus berkesan
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan


WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun),
Libra (24
September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari
kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,
bagi mereka segalanya boleh dicapai
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai
keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan
saling bekerjasama bersungguh-sungguh
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai
keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan
sebenar yang terpendam dalam hati mereka
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan
Pisces (20 Februari - 20 Mac)

* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju
* Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat
mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai
perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang
yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata
dalam sebarang situasi yang menyedihkan
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri


--> saya adalah WANITA API <--

3 comments:

Saiful Ramadzan said...

ooo.. patut la kamu sering ada api dimulut.. zess.. zess... dinasor panas.

FIZA said...

itu dusta belaka! chit!, x baik tau tipu2 camni..

Anonymous said...

akk pun wanita api gaks...