:: JOIN THIS SITE ::

Follow by Email

17 April, 2010

Senarai Semak Permohonan Nikah (Perempuan) ~ Negeri Sembilan



Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus
Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah
Tel : 06-482 1026

Perhatian :
1) Permohonan Kebenaran Berkahwin bagi Perempuan hendaklah dihantar 1 bulan sebelum tarikh berkahwin.
2) Sah laku Kebenaran Berkahwin adalah 3 bulan.
3) Bayaran dikenakan untuk proses Kebenaran Berkahwin RM 5.00
4) Proses Kebenaran Berkahwin adalah 3 hari masa bekerja.

-senarai semak-borang ade 2 salinan carbon copy-

PENGENALAN DIRI PEMOHON (3 Salinan)
Kad pengenalan dan tunjuk yang asal
Surat Pengesahan mastautin jika alamat Kad Pengenalan tidak sama*
Kad Pengenalan/ Passport bakal suami

STATUS PEMOHON (3 Salinan & Asal)
Surat Pengesahan bujang dari majikan
Surat Pengesahan bujang jika bekerja sendiri dari Ketua Kampung/ Imam*
Sijil Cerai (Janda Cerai Hidup)*
Sijil Nikah/ Sijil Rujuk & Sijil Mati (Balu Cerai Mati)*
Seksyen 14(3) Nikah dalam Eddah dengan kebenaran Mahkamah Syariah (Janda Berhias)*

BORANG 1/ PERMOHONAN
Tandatangan Pemohon & Tandatangan Wali
Tandatandan Pendaftar/ Imam, Nama dan Cop Jawatan
Status pemohon ditanda oleh Pendaftar/ Imam

BORANG KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
Borang keputusan Ujian Saringan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan

SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (3 Salinan & Asal)
Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Kecuali Balu/ Janda)

UMUR PEMOHON
16 Tahun ke atas
Bawah 16 Tahun dengan kebenaran Mahkamah Syariah (3 Salinan & surat asal)*

WALI NIKAH (3 Salinan & Asal)
Surat wakalah wali (Jika berwali wali)*
Kad Pengenalan Wali dan Sijil Kelahiran Wali (Sekiranya wali adik beradik)*
Kebenaran Hakim Syarie (Tiada wali/ wali engkar)*
Sijil mati wali sekiranya bukan Wali Mujbir*
Sijil nikah ibu/ bapa bagi anak perempuan sulung yang ingin bernikah*
** Untuk sah nikah, Wali hendaklah ikut keutamaan Susunan Nasab (Sila rujuk Pejabat)

KEBENARAN (3 Salinan & Asal)
BAT kebenaran majikan jika Tentera*
Surat pengesahan majikan jika Polis*

SURAT KEBENARAN BERKAHWIN LELAKI (1 Salinan & Asal)
Surat kebenaran berkahwin dari pihak lelaki luar kariah/ Negeri/ Negara

GAMBAR (Ukuran Lesen Memandu)
5 Keping sekiranya bernikah di Negeri Sembilan (Belakang Gambar Tulis Nama)
(Wanita - Bertudung, Lelaki - Bersongkok)
4 Keping sekiranya bernikah atau buat pendaftaran di Ibu Pejabat*


* Jika atau mana-mana yang berkaitan sahaja.
* Senarai semak ini mungkin berbeza mengikut negeri masing-masing.

3 comments:

maktih pzah said...

hi..cam agak rumit je awak punye proses nk setelkan borg nikah..sy ari tu kejap gler..gmbr yg dorg nk pon 2 keping je..takwajib bersongkok bg lelaki..pastu lak setel dlm mse sejam je..hahah..ada pegawai tu dtg cek then trus je tndatangan..i plak yg rs eh btol ke pegawai ni..rs cm tak cy..nape sesimple itu..uhuhuhu..pas da nikah dan ade akuan nikah br ks gmbr utk tujuan kad nikah..len negeri len cara la kan..hehhe..anyway congrates

f.i.z.a said...

maktih pzah : owh ye ke.. senang la camtu.. lain tempat lain cara :) mase kakak2 sy kawen, klu lakinye gamba x pakai songkok, kene reject. huhu..

Anonymous said...

tq soooo much

-liliyuli-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails